Assalamualaikum
Setiap kali tahun baru, sibuklah kita memasang azam baru, walaupun azam tahun sebelumnya jarang sangat atau tak pernah tercapai langsung. Bagi saya, tak kisahlah walau azam demi azam tak pernah tercapai, tapi asalkan kita berusaha utk mencapai azam itu, secara tak langsung kita berusaha utk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan pula ada yg stres bagai nak gila kalau gagal mencapai azam masing-masing. Biasalah tu, dalam dunia ni, tak semua yg kita nak kita akan dapat.
Sebut pasal stres atau tekanan , manusia zaman sekarang memang tak dapat lari dari tekanan hidup. Baik dari segi kewangan(gaji tak cukup, hutang keliling pinggang dsb), pekerjaan (terlalu banyak kerja, boss garang dsb) mahupun tekanan hidup berkeluarga (konflik rumahtangga, tugas yang dipikul sebagai ibu, bapa, suami, isteri, anak dsb). Segala perasaan tertekan jika dipendamkan, akan menjejaskan cara kita berfikir, mudah marah, malah boleh mengakibatkan macam2 penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, sakit hati, sengal2 badan, pening kepala, kemurungan, hingga ada yg membunuh diri lantaran gagal menangani tekanan. Maka amat penting kita mengetahui bagaimana langkah yg perlu diambil utk melegakan tekanan.
Cara Untuk Melegakan Stres / Tekanan
1. Jaga pemakanan. Macam kempen Kementerian Kesihatan tu…”makan secara sihat, amalkan 5M”…Terlalu banyak gula, garam dan kolestrol dalam pemakanan kita, akan menambahkan lagi tekanan dalam tubuh. Sebaliknya lebihkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dsb.
2. Relaks. Lakukan sesuatu yg boleh membuat kita gembira. Misalnya memasak, berkebun, bersukan, memancing, main games dan lain-lain hobi. Kalau ada duit lebih, pergilah ke spa utk memanjakan diri. Biarkan badan dibelai oleh jari jemari tukang urut yg boleh melegakan segala ketegangan urat dalam tubuh kita. Atau jumpa pakar refleksologi yg boleh melegakan tekanan dalam badan melalui urutan tapak kaki.
3. Buat senaman ringan seperti berjoging, berjalan, senaman harimau, tai chi, yoga dsb. Belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut. Buat beberapa kali, memang terasa kelegaannya.
4. Ketawa! Dalam keadaan tertekan, carilah kawan yg boleh menghiburkan dan membuat kita ketawa, atau tontonlah rancangan komedi yg boleh membuat kita ketawa. Ketawalah ubat paling mujarab utk melegakan tekanan. Ia cara paling mudah dan murah, tak perlu keluar modal. Hahaha…
5. Bercuti. Setiap manusia perlukan masa utk berehat dan menenangkan fikiran. Jangan fikir langsung tentang masalah kerja semasa bercuti, sebaliknya buatlah perkara2 yg menggembirakan seperti bermain dgn anak2, bermesra dgn suami/ isteri atau pergilah melancong.
6. Berfikiran positif. Anggap sesuatu cabaran dan masalah sebagai sesuatu yg boleh memperbaiki hidup kita.
7. Urus masa dgn baik. Jangan tangguh sesuatu kerja dan buat di saat2 akhir kerana apabila menghampiri deadline, kita akan rasa tertekan. Sebaiknya lakukan tugas yg diberi sedikit demi sedikit hingga selesai.
8. Luahkan perasaan pada orang yg boleh dipercayai. Apabila segala masalah diceritakan atau diluahkan kepada orang lain, ia dapat melegakan tekanan walaupun orang itu sekadar mendengar masalah kita. Lagi bagus jumpa pakar kaunseling, dijamin dia sudi mendengar masalah kita dan menawarkan jalan penyelesaiannya.
9. Kalau tiada juga orang yg boleh dipercayai, luahkan saja perasaan kpd sebarang makhluk bernyawa lain. Misalnya dgn haiwan peliharaan atau pokok bunga kita. Bercakap dengan kucing, hamster, ayam, kambing, ikan dsb mahupun dgn pokok bunga orkid, mawar atau pokok pisang sambil membelai-belai mereka, akan dapat melegakan tekanan. Pedulikan apa pun anggapan orang.Tapi kalau anda tiada haiwan peliharaan, biar saya cadangkan cara utk melegakan tekanan; pergi karaoke dan nyanyilah sekuat hati dan sepuas hati walaupun suara anda tak semerdu mana, atau nyanyi kuat2 dalam kereta anda tapi pastikan cermin tingkap ditutup rapat. Dikhuatiri orang yg terdengar pula akan rasa tertekan.
10. Kalau tiada langsung makhluk di dunia ini yg boleh anda percayai, berdoalah dan mengadulah masalah anda kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
11. Ini JALAN TERAKHIR! Jika perlu, pergilah jumpa doktor bertauliah untuk mendapatkan ubat yg boleh membuat anda tenang. Ikut dos yg ditetapkan, jangan overdose pulak. Nanti keluarga anda pula yg stres utk menguruskan jenazah anda.
Setakat itu sajalah. Semoga bermanfaat utk kita bersama dan semoga tahun baru 2008 ini dapat kita lalui tanpa tekanan. Kalau ada tekanan juga, cubalah tips di atas.
PS-Sempena tahun baru ni, sesiapa yang berazam nak berhenti merokok, bolehlah cuba
No comments:
Post a Comment