Imam Ghazali (Ihya’ Ulumuddin)
IMAN itu terdiri dari dua bahagian. Setengahnya adalah kesabaran dan setengahnya lagi adalah rasa syukur, sesuai dengan yang disebutkan dalam kata-kata dan atsar-atsar.
Adapun kesabaran, Allah SWT telah berfirman memuji sifat itu. “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.” (As-Sajdah: 24)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan telah sempurnalah perkataan Tuhan-mu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka.” (Al-A’raf: 137)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar.” (An-Nahl: 96)
Nabi SAW ditanya tentang iman, maka baginda menjawab, “Kesabaran dan suka menolong.”
Baginda bersabda: “Kesabaran itu adalah harta terpendam di syurga.”
HAKIKAT KESABARAN
Kesabaran terdiri dari pengetahuan, keadaan dan amal. Pengetahuan di dalamnya seperti pohon, keadaan seperti ranting-ranting, dan amal seperti buah. Maka engkau ketahui bahawa maslahat keagamaan terdapat dalam kesabaran. Akibatnya, timbul kekuatan dan dorongan untuk melakukan kesabaran.
Hal itu dilakukan terhadap ibadah atas sabar dari melampiaskan syahwat. Dalam semua keadaan itu memerlukan kesabaran hingga tidak berlebih-lebihan dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang mubah.
Adapun kesabaran dalam ibadah hendaklah diketahui bahawa seseorang bersabar beberapa hari dan akan bahagia selama-lamanya sebagai imbalannya. Ia memerlukan kesabaran untuk tidak menyiakan dan merosaknya dengan riya’.
Kesabaran terbesar adalah sabar dalam menahan diri dari melampiaskan syahwat dan berlarut-larut dalam melakukannya, dan juga seseorang harus sabar bila diganggu oleh seseorang dengan perkataan atau perbuatan.
Seorang sahabat Nabi SAW berkata: “Kami tidak menganggap iman seseorang sebagai iman bila ia tidak sabar di kala menghadapi gangguan.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang bertawakkal.” (Ibrahim: 12)
Kesabaran ini kadangkala dilakukan atas perbuatan itu dengan menahannya dan kadangkala sabar dari pembalasannya. Kedua hal itu menunjukkkan kesempurnaan iman.
Jenis yang lain adalah sesuatu yang menyerang tanpa disengaja, seperti musibah berupa penyakit, hilangnya penglihatan, kelumpuhan anggota badan, dan kematian orang yang dicintai. Ibnu Abbas ra berkata: “Kesabaran dalam Al-Quran ada tiga jenis, iaitu kesabaran untuk menunaikan kewajipan-kewajipan kerana Allah SWT dan ia mempunyai 300 darjat, kesabaran untuk tidak melanggar larangan-larangan Allah SWT dan ia mempunyai 600 darjat, dan kesabaran dalam menghadapi musibah pada kali pertama dan ia mempunyai 900 darjat.”
Kesabaran yang bagus itu ialah yang tidak diketahui dari penderita musibah, dan tidak mungkin mencapai hal ini kecuali dengan latihan yang lama dalam masa yang lama.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment