Sunday, January 20, 2008

Talkin Yang Menggerunkan

Maksud talkin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia.
Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan QidamTuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawaMaha Suci Tuhan yang menjadikan matiDan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewaMaha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaranUntuk menjadi iktibar kepada orang yang lalaiDan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidupIngatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasaMelainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukumManakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYAHendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia iniSekarang kamu telah menuju masuk ke negeri AkhiratKamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahDengan sebenar-benarnya melainkan Allah Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamuIaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takutJanganlah kamu berdukacita dan risauSerta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYABahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,Sebagaimana kamu juga hamba Allah TaalaApabila mereka menyuruh kamu duduk,Mereka juga akan menyoal kamuMereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan merekaDengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betulJanganlah berasa gementar, janganlah cuakDan janganlah bergopoh-gapahBiarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu kiblatku,Malahan solah lima waktu,Puasa di bulan Ramadhan,Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,Bahkan dari masa hidup hingga aku matiAku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimuInilah dia suatu dugaan yang paling besarIngatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam BarzakhSehingga sampai satu masa kelak,Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,Bahawasanya mati ini adalah benarSoalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benarBangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benarBerkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benarDihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benarMinum di kolam air nabi adalah benarAda syurga dan neraka adalah benarBahawasanya hari Kiamat tetap akan adanyaBegitu juga Tuhan yang Maha BerkuasaAkan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisahDan selamat tinggal kamu disisi Allah TaalaSemoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamuTuhan jua yang menetapkan hati kamuKami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah TaalaMenjinakkan hati kamu yang liarDan Allah menaruh belas kasihan kepada kamuYang berdagang seorang diri di dalam kubur iniMudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunanDan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidakdiseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati - “Kullu nafsin za iqatul maut”Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Wallahua'lam.

No comments: